Terasa perit.. amat sakit.. terasa hendak lepaskan saja perasaan ini.. Tapi tidak tahu bagaimana caranya.. Ya Allah… Bantulah hambaMu ini.. Mungkin kerana jahilnya aku, kurangnya aku menadah tangan padaMu, mungkin lupanya aku padaMu.. Sedarkanlah aku Ya Allah… Bangunkanlah aku dari lena.. Kuatkanlah aku dengan segala pancaroba dunia ini…
Betapa kerdilnya diri ini kerana tidak tahu apa yang harus dilakukan.. Aku buntu.. Terasa tekanan bertubi tubi, tidak tahu bagaimna lagi.. Jika ini ujian dariMu Ya Allah.. berilah aku kesempatan, berilah aku kesalan atas dosa semalam…
Aku mengabdikan diri hanya padaMu Ya Allah.. Tunjukkan lah aku jalan yang benar.. Aku perlukan masa untuk bersamaMu.. memerlukan masa untuk menyedari apa yang telah aku lakukan… memerlukan masa untuk menyingkap segala disebalik ujian ini…
Mungkin aku terleka, mungkin aku lupa janjiku padaMu, mungkin aku tidak mengikut kehendak Rasul Mu.. Tetapkan iman ku Ya Allah.. Bimbinglah aku.. jangan biarkan aku terus dalam kealpaan…
Sedarkan aku di dalam sebenar-benar sedar… sedarkan aku dengan keampunanMu… Ampunkan aku jika aku pernah merajuk dengan Mu Ya Allah.. Ampunkanlah aku dengan segala dosa-dosaku padaMu.. Aku memohon sebagai seorang hamba kepadaMu Ya Allah.. Berilah aku peluang… berilah aku kesempatan sekali lagi… Aku mohon…
*...Jika memang hidup penjara lebih bererti bagiku daripada dunia maka aku lebih memilih tinggal di penjara tapi dekat denganMu Ya Allah…*