Bukanlah penyair namanya kalau dia tidak cinta pada syairnya.
Bukanlah pengkarya namanya kalau dia tidak menghayati karyanya.
Terfikir diri ini, mana letaknya cinta dalam diri, kerana sukar benar untuk memberi ruang supaya cinta akan hadir. Rindu juga bukanlah satu perkara mudah untuk diwujudkan, dan bila rindukan dia, terfikir juga itulah lumrah fitrah semulajadi kejadian manusia yang dijadikanNya. Pun, dalam menghayati rindu dan cinta ini, diri ini berfikir lagi...
Cinta itu sesuatu yang indah, dan dapat dirasakan diri ini semakin kerdil di sisiNya. Mencari keupayaan diri untuk bertahan, mencintaiNya tanpa halangan bukanlah sesuatu yang amat mudah. Ujian dariNya cukup hebat, dan hati ini semakin goyah. Bukan mudah untuk cintakan Dia, dan bukan mudah untuk mempertahankanNya. Dan, diri ini cuba lagi bertahan, selagi ada kekuatan untuk mempertahankan cinta yang satu ini. Inilah cinta hakiki yang perlu untuk dihayati, cinta hamba padaNya, walau sukar dan tabah, semoga Dia mengurniakan segala kekuatan untuk diri ini lebih tabah dalam menghayati cinta yang satu ini...
Diri ini terlalu lemah, terlalu goyah dengan hati yang tidak tetap, pun, jauh di sudut hati, masih mengharapkan cinta padaNya jua...
...Kerana CintaNya
aku masih gagah berdiri di sini
walau hakikatnya
sendi ini telah lama goyah...
"Ya Allah, aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku..."
"Jika kau menghampiri ALLAH dengan merangkak,
maka ALLAH Menghampiri dengan Berjalan.
Jika kau menghampiri ALLAH dengan berjalan,
maka ALLAH Menghampirimu dengan Berlari.
Jika kau menghampiri ALLAH dengan berlari,
maka ALLAH akan Menghampirimu secepat kilat."
Sesungguhnya kecintaan ALLAH kepada hambanya melebihi kecintaan seorang ibu pada bayinya... :)
...Terima kasih sudi baca...