...La Tahzan Inaallah Ma'Ana...

"Jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita "



Terbaik?? sangat susah di mata manusia.






Diri tak sempurna...

Apa lagi yang perlu dibuat...

Hati dah tak boleh nak fikir lagi... apatah lagi otak yang semakin buntu...

Dah macam dah buat kot...

Buat itu, buat ini

Bukan tak pernah cuba...

Dah serahkan semua pada yang ESA

Tapi hati? Sampai bila nak bohong?

Hmmm... Susahnya nak jadi yang terbaik...




















...SEKUAT KUAT IMAN YANG MAMPU KU LAKUKAN WALAUPUN HATI TERLUKA...



Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan.


Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.


Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.














"Sedangkan hakikat mati itu tidak diketahui waktu dan ketikanya. Samalah dengan ujian dariNya. Malaikat Maut akan menjemput pada bila-bila masa sahaja secara mengejut. Kamu bersedia ataupun tidak, tetap kamu akan dimatikan dan kelak dipersoalkan tentang segala perbuatan kamu di dunia. Semestinya di hadapan Tuhan, Allah Yang Maha Agung rasa gerun itu lebih menakutkan berbanding di hadapan manusia di dunia.
Ya Rabbul Izzati... hanya Engkau yang Maha Mengetahui..."














...Terima kasih sudi baca...

Dari jauh sahaja... :')





Tettt… teetttt.. teeeetttt…  ku tekan satu persatu. Assalamualaikum. Tahni… *tekan C*
Cari cari… hah neh dia. Cuba call… upppsss! *tekan C*


''Dia ada dengan family sekarang… mesti sibuk neh... takpelah..''

*monolog aku seorang diri*






Emmm.. emmmm… Tak semua bertuah, tak semua berpeluang untuk menikmati saat saat ini dalam hidupnya. Bagi saya, anda dikira seorang yang sangat bertuah. Setelah beberapa tahun bertungkus lumus, berpenat lelah, mungkin sedikit keseksaan… itu kalau akulah ditempatnya… untuk terus bertahan sampai ke tahap neh. Dengan boleh dikatakan latihan yang tak pernah pernah nak habis, denda yang bermacam macam jenis, menangis berpeluh masam segala bagai dah kot, hidup dah macam askar dalam hutan, monyet di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. okeh xde kena mengena langsung! angkat ibu jari saya tujukan untuk anda.








Yezzarrrr! Hari ini saat ini bertarikh 17 Julai 2012, bersamaan 27 syaaban iaitu hari dimana istiadat pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PELAPES IPTA di UUM, sintok sedang berlangsung. Mungkin bagi kita yang xde feel, mungkin bagi dia yang keras hati tak pernah nak faham faham situasi bilamana ditempat mereka, emmm.. dan yang tak pernah tahu pape pon pasal neh langsung tak herannn kan?? Tapi tidak bagi mereka. Mungkin hari ini satu hari yang amat bermakna bagi seseorang. Hari keramat kot! Hari yang ditunggu setelah bertahun tahun mengerah tenaga.. Hari yang menyebabkan bermacam macam peristiwa yang berlaku. Apa? Biarlah rahsia. Ken?? Oleh itu… Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada kamu dan kengkawan kerana telah ditauliahkan sebagai Pegawai Muda saat tika ini. Berbaloi dengan usaha korang tuh.








Maaf sebab tak boleh nak call wish tahniah cakap depan depan. Tak boleh nak rasa sendiri semua tuh... Sebab saya tak suka cakap macam neh sebenarnya, mungkin? Sebab kerana saya tak tahu nak cakap apa nanti, mungkin? Sebab kerana malu, mungkin? Sebab kerana segan, mungkin? Sebab kerana ahhhh.. berapa banyak sebab neh adoyaiiii… emmm...emmm mungkin jugak sebab kerana sebak. :') heeee.. Jadi, saya tuliskan entry ini khusus untuk anda. Tak harap pun anda baca. Tapi saya suka. Ada point jugak nak berupdate. Heeee… Ye ye, tahniah again saya ucapkan. Perjalanan hidup kamu baru bermula. Buat yang terbaik, jangan mudah putus asa. B strong. Ingat family, ingat Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Yakin dengan aturan Dia percaya dengan Dia. Selamat berkhidmat untuk Negara ye?? wahhh! Eheee… Tahniah, tahniah, tahniah buat kamu. 











tuan pegawai :') eh?








If this thing will make us happy, everyone will be happy. I told myself, if i make them happy allah will bless me. Coz i know, that's what exactly what i'll need. InsyaAllah, kita semua akan bahagia dunia akhirat. Dan saya? hanya mampu tersenyum… Sekali lagi maaf, dari jauh sahaja saya mampu…  And all i can say is, i'm so proud of you sahabat... :')
















...Terima kasih sudi baca...

20 ++





Assalamualaikum kengkawan...

hmmm kejap tulis. hmmm kejap padam. kejap tulis. kejap padam. ahhhhh okeh! tulis.

Malam neh... saat neh... entah kenapa tetiba rasa nak menulis. Setelah agak lama kot bersara dari sini. Ecececehh.. eheheee... hmmmm... Sorry for been missing for the past few days. Been so busy with a lot of things that has been going on in my life. Entry neh mungkin... sekadar untuk berbasi basi aje.





Terlalu banyak, Terlalu complicated untuk ku kupilkan satu persatu. Alhamdulillah. Masih rasa bersyukur denganNya dengan setiap apa yang berlaku. Semua neh buat aku lebih matang, lebih berfikir tentang perjalanan hidup yang sebenar. Emmm... Masih terlalu jauh, Sangat jauh... Bila dah semakin meningkat tuo neh okeh semakin mudo, Semakin kita nak fikir banyak benda. Kalau dolu dolu kemain... main main aje kerjanya.. tapi sekarang dah lain. Memang lain sangat. Semua rasa tuh dah lain...dah tak sama. Perasaan bila bercinta, Perasaan dengan mak pak, Perasaan bila bekerja, Perasaan bila menanggur, bold disitu. Perasaan bila nak kahwin. Perasaan nak kumpul duit. perasaan...perasaan..perasaan... ahhhh.. perasaan tanggungjawab tuh okeh! TANGGUNGJAWAB! sob sob sob... T_T







Bila kau dah 20 ++ neh... Kau dah tak macam dulu dah... kau dah tak boleh nak merengek rengek.. mak,choki choki patbelas?? ayah,nak aiskrimmmm mcflurry mcDONALD?? tampor nak? heeee.. haaaa... dah tak boleh dah nak segala gala macam tuh...  Dah kena sedar, dah besar panjang... sampai bila nak bergantung harap dengan mak ayah lagi? tapi xtau lah plak kan kalau yang masih bergantung harap pada mak ayah. mungkin ada. mungkin. Beruntung sangat kalau masih. =.='





Tapi apa aku nak cakap sekarang benda neh akan ubah diri kau sendiri.. selama neh kau tak pernah pun nak fikir segala bagai, duit makan pakai takpe mak pak ada, tapi bila dah  ++ neh... siyes otomatik kau sendiri akan fikir. Walaupun taknak fikir, kau akan fikir jugak. So aku nak cakaplah lah kat sini dari hati ke hati bagi adik adik ehh...macam tua aje. k,awok awok yang masih sekolah, yang masih belajar tuh.. belajar betul betul. Hargai dan gunakan masa yang ada sekarang. Jangan main main. Main main siket takpe, tapi bila belajar.. belajar betul betul. Gunakan peluang yang ada depan mata sekarang sebaik baiknya. Sebab sekarang aku tengok budok budok sekarang dah makin menjadi. Kalau bercintum alahai mengalah yang dah kawin.. dengan internet dicelah ketiak plak sekarang, fuhhh fuhhh fuhhhh!! Bukan apa, sebab aku taknak... Jangan nanti tua, kau akan fikir balik... hmmmm... kalau lah dulu aku belajar betul betul... kalaulah... emmm..emmmmmm... 






Sebabnya bila kau dah 20 ++ kau sendiri akan fikir tentang tanggungjawab... Ye, tanggungjawab. Sesungguhnya umur 20 ++ takkan pernah same dengan umur 12 tahun ye adik adik... :')













*Walaupon dah ++, aiskrim tetap dihati... makan dolu. mari. sobsobsob T_T















...Terima kasih sudi baca...

Seseorang itu ...







Seseorang itu yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.




Seseorang itu yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.




Seseorang itu yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.




Seseorang itu yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.



Seseorang itu yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.



Seseorang itu yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.




Seseorang itu yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu

bersuara tatkala sendirian....













*Allahu Rabbi... :(











...Terima kasih sudi baca...

Cerita dari kotak hati



Ada orang dia pandai bercakap pasal kita, itu ini.
Tapi dia tak tahu apa yang kita lalui.
Andai dia di tempat kita, dia akan tahu betapa sakit nya nak lalui semua ini.
Jangan menilai orang sesuka hati.
Sebab bukan kita kat tempat dia.
Meh datang dekat, rapat rapat. 
Hanya seminit, cuba. tak boleh kan?
takpe, hati masing masing Allah saje yang tahu
Tahap kesabaran semakin menipis.
Ruang dihati untuk pendam segala benda semakin penuh.
Kekuatan untuk meneruskan hidup semakin hilang.
Pernah selemah ini?




Dah tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin jika mereka berada dekat sini…
Ye, dekat hati ini… rapat…
Mungkin mereka akan rasa.
Mungkin mereka akan faham.
Mungkin.





Kalau lah saya boleh bawak diri neh pergi jauh dari semua, mungkin sudah lama saya lakukan.
tinggalkan sini, lari dari semua. beribu batu pun saya sanggup
kalau dengan itu buat semua senang,
Kalaulah….
Tapi saya tak mampu.
Maafkan saya...





Zahirnya,
Ketawa macam puaka. hahahaa...
Tersengih tak kira masa. heee...
Tapi itu semua hanyalah dusta, hanya sementara.




Lepak dalam bilik sensorang, 
kepala melayang fikirkan perkara itu dan itu dan harus diselesaikan.
Tapi bagaimana nak selesaikan kalau kekuatan itu semakin menghilang?
Mohon sahaja buang segala tentang itu. Kalau boleh. 
Sakit hati ini, perit kata dia.
Hanya mampu berbisik di sudut hati.
Apa yang saya buat ini ada sebabnya, ada alasannya.
bukan suka suka bukan saja saja.
saya percaya dengan aturan Dia untuk hambaNya...



Tapi tak apalah… :)



Cuma satu... saya tak minta lebih.
Tak minta banyak.
Tak minta kurang.
Cuma hanya tidak sakiti hati itu lagi.
Sekeras mana pun perwatakan saya, sekasar mana pun diri saya,
Masih juga punya perasaan keibuan yang lebih berbanding lelaki.
Masih tetap punya hati dan perasaan yang perlu dijaga dengan baik.
saya hanyalah seorang perempuan...
Kesian dia. Cukup lah…






Di suatu cerita...

Pada satu hari,
di kedai mainan, saya nampak awak sangat mahukan itu,
curi-curi lihat.
Awak suka kan?
Takpe nanti saya belikan satu untuk awak.


Esok nya, saya pergi kedai itu.
Saya tengok mahal harganya.
tapi takpelah saya akan belikan satu hari nanti.
Mahu beli sebelum terjual. :)


Sepanjang hari,
selama sebulan saya makan nasi bekalan sahaja
seposen seposen saya simpan. Saya nak jugak beli bola itu.
Hanya untuk awak.
Sebab nanti saya boleh dekat dengan awak. Selalu dekat.
Sukanya saya.


Hari itu,
duit cukup, saya beli, terus beri,
awak sangat gembira.
saya lagi bahagia.


tapi hari ini,
bola itu awak telah beri
pada jiran perempuan awak.
kenapa...
:(

-fynnjamal-


















Mengingat mengimbas semula, mencelik setiapnya kembali. Saya akan terus tersenyum dan ketawa kalau itu takdirnya. Bertahan lagi... Takpe, Allah kan ada...








*Luahkan segalanya di tikar sejadah. Allah itu adalah Pendengar yang paling setia, Mungkin kita dah terlalu jauh dari Dia...  :(















...Terima kasih sudi baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...