...La Tahzan Inaallah Ma'Ana...

"Jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita "



Orang Kecil





Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar
Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil





Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana





Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar
Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil
Bersyukur apa ada, ku kan sampai ke sana

















*pernah rasakan mimpi2 fantasi itu lebih jelas dari dunia nyata? benci, kan?












...Terima kasih sudi baca...

Ketika dulu




Bagaimana...
untuk aku padamkan rasa yang pernah ada
bila sentiasa kau ada di situ
bila sentiasa kau ada setia
untuk mengingat mengimbas semula
untuk mencelik setiapnya kembali





walau matamu tanganmu kakimu tak pernah ada
berdiri sendiri sahaja disitu
setia.
yang cuma hanya ada lah rasa...





bebaskan aku
kerana aku sudah terlalu kebas
kerana aku sudah berjanji
untuk tidak lagi mahunya kembali.

lupakan. terus hilang. jangan kembali.
Hey ! Sila pergi.




  







'Terlebur hancur kebal rusukku
berkecai sepai terpecah belah
terima kasih atas ajarmu untuk suatu ketika dulu'
- fynnjamal -












*cuba pejam mata. just another phase in my life. past to past.













...Terima kasih sudi baca...

BEN ASHAARI DAN SAYA









Assalamualaikum. wohaaa... kemain sibuk duk post entry se minjak, dua minjak, tiga minjak neh kan kan kan? hahaha.. cops! saja je tuh, xde kena mengena ngan sape sape ea... aicehhh... okeh, let see! sedang sibuk duk BLOGWALKING aka BLOKBERJALAN,  tutttt! ini dia, terjoin plak segmen. dari sape? eh3.. sape lagi abg ben ashaari lah. papa baru. hekhekhek...




tajuk segmen dia... BEN ASHAARI DAN SAYA? hmmmm... hmmmm...hmmm... acano segmen nye heh?? haaa... abg ben suh duk citer, blog acane yang KITA SUKA BACA. So, meh ar nak citer.




Bagi aku lah, blog yang aku suka baca blog yang simple tapi penuh makna. Xado mengelip ngelip pon takpe, asalkan bersih..suci dan murni. okeh, mengarut. Maksud aku biarlah blog tuh yang sedap mata memandang, warna putih ke...pink ke... aicehhh... tak ada byk gerak gerak tak ada warna warni pon takpe. Yang simple simple je design haaa... lagi satu, penggunaan kata tuh biarlah yang betol. Neh tidok bila tulis tuh nak kena tambah plak www... cth, buat pew tuw? shaye winduu awq. oh no! Tolonglah guna penggunaan kata yang betol ye. Guna bahasa yang mudah ckit org nak faham. Nanti kan gak, duk serabut kepala hotak nak fahamkan ayat tuh baik terus X laaaa... senang citer! heeee... 


Yang penting SANTAI, SIMPLE tapi PENUH MAKNA.














...Terima kasih sudi baca...

Aku kan memang begini






Mungkin aku ini terlalu sasar bahasanya
Mungkin aku ini terlalu kasar orangnya
tapi hey, takkan kau tak kenal aku?
aku neh kan memang begini !



yang di kadangkala aku ini melepaskan semua
yang di kadangkala aku marah dan makikan segala
yang di kadangkala aku mula pendam dan simpan sahaja
dan di kadangkala aku katakan perkara yang aku tidak katakan di dalam hati
ya, sesuatu yang bukan dari situ
itu semuanya aku.



kadangkala aku merasa tidakkah kau kenal aku siapa?
mungkin aku ini terlalu tiada siapa-siapa bagi mereka.
seperti debu yang tak punya harga apa
seperti angin yang tiada
sepertinya wujud tanpa tiada makna

maka untuk apa aku di sini?












cuba pejam.

dan semua akan aman.



tapi itu bohong.



:/















...Terima kasih sudi baca...

Takdir Allah itu indah :)





Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata...
dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara "






Hampir 3tahun hati ini begini. Jujur, dialah sebaik baik lelaki yang pernah aku kenali. Walaupun dia kerap buat hati ini menangis, bercampur aduk, resah gelisah, tapi dialah satu nya lelaki yang sering mengingatkan aku pada yang SATU. Ingat akan takdir Allah, ingat akan semua di muka bumi ini milik Allah. Dan juga ku tahu.. yang aku bukanlah milik dia dan dia bukanlah milik ku. Ya, sesungguhnya takdir Allah itu lebih indah. 





jika benar dia adalah jodohku... bersujud syukur aku kepadaMu..
namun jika ketentuanMu adalah lain dari apa yang aku doakan..
maka aku berdoa dengan sungguh sungguhnya
supaya hati ini dapat damai dengan takdirMu..
kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui akan apa yang elok buat hamba hambaMu...




.....andai itu takdirnya.....














*siapa dia, biarlah menjadi tanda tanya. hanya Allah sahaja yang tahu...












...Terima kasih sudi baca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...