...La Tahzan Inaallah Ma'Ana...

"Jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita "



Cerita dari kotak hati



Ada orang dia pandai bercakap pasal kita, itu ini.
Tapi dia tak tahu apa yang kita lalui.
Andai dia di tempat kita, dia akan tahu betapa sakit nya nak lalui semua ini.
Jangan menilai orang sesuka hati.
Sebab bukan kita kat tempat dia.
Meh datang dekat, rapat rapat. 
Hanya seminit, cuba. tak boleh kan?
takpe, hati masing masing Allah saje yang tahu
Tahap kesabaran semakin menipis.
Ruang dihati untuk pendam segala benda semakin penuh.
Kekuatan untuk meneruskan hidup semakin hilang.
Pernah selemah ini?




Dah tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin jika mereka berada dekat sini…
Ye, dekat hati ini… rapat…
Mungkin mereka akan rasa.
Mungkin mereka akan faham.
Mungkin.





Kalau lah saya boleh bawak diri neh pergi jauh dari semua, mungkin sudah lama saya lakukan.
tinggalkan sini, lari dari semua. beribu batu pun saya sanggup
kalau dengan itu buat semua senang,
Kalaulah….
Tapi saya tak mampu.
Maafkan saya...





Zahirnya,
Ketawa macam puaka. hahahaa...
Tersengih tak kira masa. heee...
Tapi itu semua hanyalah dusta, hanya sementara.




Lepak dalam bilik sensorang, 
kepala melayang fikirkan perkara itu dan itu dan harus diselesaikan.
Tapi bagaimana nak selesaikan kalau kekuatan itu semakin menghilang?
Mohon sahaja buang segala tentang itu. Kalau boleh. 
Sakit hati ini, perit kata dia.
Hanya mampu berbisik di sudut hati.
Apa yang saya buat ini ada sebabnya, ada alasannya.
bukan suka suka bukan saja saja.
saya percaya dengan aturan Dia untuk hambaNya...



Tapi tak apalah… :)



Cuma satu... saya tak minta lebih.
Tak minta banyak.
Tak minta kurang.
Cuma hanya tidak sakiti hati itu lagi.
Sekeras mana pun perwatakan saya, sekasar mana pun diri saya,
Masih juga punya perasaan keibuan yang lebih berbanding lelaki.
Masih tetap punya hati dan perasaan yang perlu dijaga dengan baik.
saya hanyalah seorang perempuan...
Kesian dia. Cukup lah…






Di suatu cerita...

Pada satu hari,
di kedai mainan, saya nampak awak sangat mahukan itu,
curi-curi lihat.
Awak suka kan?
Takpe nanti saya belikan satu untuk awak.


Esok nya, saya pergi kedai itu.
Saya tengok mahal harganya.
tapi takpelah saya akan belikan satu hari nanti.
Mahu beli sebelum terjual. :)


Sepanjang hari,
selama sebulan saya makan nasi bekalan sahaja
seposen seposen saya simpan. Saya nak jugak beli bola itu.
Hanya untuk awak.
Sebab nanti saya boleh dekat dengan awak. Selalu dekat.
Sukanya saya.


Hari itu,
duit cukup, saya beli, terus beri,
awak sangat gembira.
saya lagi bahagia.


tapi hari ini,
bola itu awak telah beri
pada jiran perempuan awak.
kenapa...
:(

-fynnjamal-


















Mengingat mengimbas semula, mencelik setiapnya kembali. Saya akan terus tersenyum dan ketawa kalau itu takdirnya. Bertahan lagi... Takpe, Allah kan ada...








*Luahkan segalanya di tikar sejadah. Allah itu adalah Pendengar yang paling setia, Mungkin kita dah terlalu jauh dari Dia...  :(















...Terima kasih sudi baca...

4 sedang bergolek..!!:

nana said...

Honestly, ini sangat touching *hugs.

Masmira Masri said...

knp awk bersedih ni...lgu pun sedeyh jugak...tabah yer

visit ok
http://myaleo.blogspot.com/2012/07/bawal-bercorak-buatkan-anda-lebih-ceria.html

Dhofwatul' Aisy said...

@nana kamarul huhu.. meh3.. :(

Dhofwatul' Aisy said...

@Masmira Masri insyaAllah. sy cuba. thnx syg.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...