...La Tahzan Inaallah Ma'Ana...

"Jgn bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita "



~Did we meet the wrong people???~










Terkadang kita terfikir,

adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

teman sekerja yang tak ngam’?

kawan2 sekolah, kwn2 kolej yang takleh nak buat geng study?

housemate yang menyakitkan hati (sebab tak reti basuh pinggan, cakap pedas, errkkk… hik3~… ^^)? ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi??
Hummmm~…


Sebab hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.

Sebab pelbagainya manusia yang kita temui di dunia ini. Terlalu ramai manusia dengan pelbagai karenahnya. kerana berlainannya manusia itu adalah utk apa…..???

untuk berkenalan. Untuk mengetahui, mengenali manusia lain.

Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tak serasi dengan kita serta berlainan segalanya. Sehingga sekecil2 perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri... apatah lagi memutuskan silaturrahim... Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah.. Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali? Di situlah, kita kene sentiasa berusaha mencari titik persamaan…

Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.

Takkan!

Kerana Allah telah mentakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.

Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.

Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.

Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang ‘salah’ itu sendiri banyak mengajar kita:

akan kekurangan diri kita sendiri.

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati ?? Ye dakk??? C0z.. kdg2 2 shbt sejati neh bkn shbt yg sbnr pd dalam nya…. AN??

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,

Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah… semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan..

Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman… Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.

Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, HANYA KEPADA ALLAH~…

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah???

Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ketidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah…

Kerana apabila dihitung perbezaan2, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab ALLAH sahaja yang membimbing hati kita.. insyaAllah.

And He Knows best.

Wallahualam….

bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar2 yakin akan Dia..



P/S: yakinlah, bila kita ada masalah dengan manusia lain, manusia lain pun mesti ada masalah dengan kita. Maka toleransilah kuncinya… Macam ada orang selalu cakap… “selalulah give and take, even pada semua manusia sendiri pun…”

(^__^)








...Terima kasih sudi baca...

0 sedang bergolek..!!:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...